Tuesday, December 18, 2012

Tubuh kaku di keheningan malam yang ditemani oleh muzik yang diminati oleh anak muda pada masa kini. Mengadap skrin komputer dah berfikir tentang masalah yang bermain di kepala. Alangkah indahnya jika masalah itu dapat dilesapkan daripada fikiran dengan begitu sahaja, tetapi itu hanya sekadar impian yang mungkin tidak dapat dikecapi. Mungkin dengan membuatkan diri berhalusinasi, masalah itu akan hilang, tetapi itu hanya untuk sementara, apabila kita mula kembali waras, dengan sepantas kilat masalah itu akan kembali menghantui ingatan kita. Tidak ada cara lain untuk melupakannya melainkan dengan cara menyelesaikannya, kita tidak patut lari daripada masalah yang sedang bermain di kepala, kita tidak boleh lari daripada masalah, ia akan mengejar kita, walaupun secara realiti ia tidak mempunyai kaki untuk mengejar. Ia akan sentiasa kekal di minda selagi belum diselesaikan, sentiasa kekal bersama kita, alangkah indahnya jika masalah itu ibarat seorang kekasih, yang sentiasa kekal bersama kita. Tetapi masalah bukannya kekasih, kerana ia hanya menambahkan duka, sementara kekasih boleh menambah duka dan juga lara. Kita tidak boleh membiarkan masalah, terbiar di penjuru sudut fikiran kita, kita tidak boleh mengelak daripada menyelesaikannya. Dengan akal yang waras yang dikurniakan oleh tuhan, kita perlu menyelesaikannya, mesti ada caranya. Tuhan tidak kejam, Dia yang maha mengetahui tidak akan memberi masalah yang kita tidak mampu hadapi. Gunakan akal yang dikurniakan, selesaikan masalah sebaiknya. Kekal tenang dan berusaha menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment

#Attribution1 {display: none;}